KUALA LUMPUR: Kementerian Kerja Raya (KKR) dan Kementerian Pengangkutan akan memberi fokus kepada penyaluran peruntukan RM50 juta bagi menyelenggara Laluan Persekutuan yang sering digunakan oleh kenderaan berat di sekitar jalan Pelabuhan Klang, Selangor, tahun depan.
KKR dalam kenyataan hari ini memaklumkan penyaluran secara Geran Padanan itu bertujuan memastikan Laluan Persekutuan sentiasa berada dalam keadaan selamat dan selasa kepada semua pengguna jalan raya.
"Senarai lokasi ini (penyelenggaraan) perlu disemak dengan teliti supaya ia mengambil kira kaedah rawatan yang sesuai bagi menampung beban kenderaan berat yang banyak di kawasan Pelabuhan Klang," menurut kenyataan itu.
Pada tahun ini, sejumlah RM16.349 juta diperuntukkan di bawah Program Penyenggaraan Berkala Pavemen, Berkala Bukan Pavemen, Jambatan dan Penyenggaraan Lampu Jalan dan Lampu Isyarat di Jalan Persekutuan Daerah Klang.
Terdahulu, Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi mengadakan tinjauan ke Klang hari ini untuk melihat sendiri keadaan jalan di lokasi aduan dan beberapa kawasan yang sering berlaku kemalangan di Laluan Persekutuan yang keseluruhannya sepanjang 185.067 kilometer.
Di samping itu, Nanta turut meninjau lokasi kemalangan di Laluan Persekutuan FT3217, Jalan Industri Meru Seksyen 9.3 di Klang, yang mengorbankan seorang penunggang motosikal, pada 18 Nov lepas.
Menurut KKR sebagai kementerian yang bertanggungjawab dalam memastikan infrastruktur awam disenggara dengan baik dan selamat, aplikasi MyJalan KKR merupakan satu daripada inisiatif bagi memudahkan pengguna jalan raya membuat aduan berkaitan kerosakan jalan.
Aplikasi itu bertujuan meningkatkan tahap keselamatan dan keselesaan pengguna jalan raya serta dapat mengurangkan kes kemalangan jalan raya akibat kerosakan jalan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 23 2023
Lokasi kemalangan di Laluan Persekutuan FT3217, Jalan Industri Meru Seksyen 9.3 di Klang, yang mengorbankan seorang penunggang motosikal, pada 18 Nov lepas. - Gambar/ FB Alexander Nanta Linggi
OKU didakwa lakukan amang seksual terhadap remaja lelaki
Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu terhadap mangsa berusia 17 tahun di masjid berkenaan pada 2.30 petang, 15 Mac lepas.
AWANI Ringkas: Menteri ingatkan jangan ambil tindakan ekstrem
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Piala Dunia Sepak Takraw: Malaysia mula langkah kanan, tewaskan China
Malaysia memulakan aksi Kumpulan B acara regu kategori premier Kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2024 dengan langkah kanan selepas menewaskan China di Stadium Titiwangsa pada Sabtu.
Zon Selamat didakwa Israel adalah palsu - UNRWA
Dakwaan rejin Israel bahawa penduduk Gaza boleh berpindah ke 'zon selamat' atau 'zon kemanusiaan' ialah satu pembohongan kata Pesuruhjaya Agensi Kerja dan Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) Philippe Lazzarini dalam kenyataan pada Sabtu.
Semua pihak diseru jangan ambil tindakan ekstrem
Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na'im Mokhtar, beliau turut menyeru semua pihak agar tidak mengambil tindakan ekstrem ketika menunjuk tanda solidariti kepada umat Palestin.
JAINJ tingkat pemantauan penyebaran ajaran sesat
Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) akan meningkatkan pemantauan penyebaran ajaran sesat di Ulu Tiram susulan insiden serangan balai polis yang berlaku pada Jumaat.
Kes COVID-19 meningkat 14.8 peratus - KKM
Jumlah kes COVID-19 meningkat 14.8 peratus kepada 1,230 kes pada Minggu Epidemiologi ke-20 (ME 20/2024) iaitu bagi tempoh 12 Mei hingga 18 Mei 2024, menurut Kementerian Kesihatan (KKM).
Anggota MALBATT meninggal dunia di Lubnan
Seorang Pegawai Tidak Tauliah Kanan (PTTK) dari Malaysian Battalion 850-11 (MALBATT 850-11) yang dalam misi United Nations Interim Force in Lebonan (UNIFIL) meninggal dunia, pada Sabtu.
Malaysia antara negara terawal terima, TH edar kad haji Nusuk
Malaysia antara negara terawal terima, TH edar kad haji Nusuk
UAE hantar 100 tan bantuan kemanusiaan ke Brazil
Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada Sabtu telah menghantar pesawat bantuan pertama yang membawa 100 tan makanan, perubatan dan bantuan kemanusiaan untuk membantu mangsa banjir dan hujan lebat yang melanda Brazil baru-baru ini.
Jalan berlubang, penunggang motosikal dapat ganti rugi RM721,000
Akibat kemalangan tersebut, plaintif mengalami kecederaan di bahu, lengan, jari dan kepala.
Jalan rosak: KKR, MoT, KPKT kukuh jalinan kerjasama
Kementerian Kerja Raya (KKR), Kementerian Pengangkutan (MOT) serta Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) mengadakan perbincangan semalam dalam usaha mengukuhkan lagi jalinan kerjasam.
Warga emas patah tangan, enam jahitan jatuh langgar lubang
Mohd Razali dirawat di Hospital Gua Musang sejak tengah hari Sabtu dan setakat malam tadi masih bergantung kepada alat bantuan pernafasan.
Kerajaan akan salur peruntukan selenggara laluan Persekutuan di Pelabuhan Klang
KKR dan Kementerian Pengangkutan akan memberi fokus kepada penyaluran peruntukan RM50 juta bagi menyelenggara Laluan Persekutuan yang sering digunakan oleh kenderaan berat di Pelabuhan Klang.
Ditampal selepas tular penunggang motosikal jatuh langgar lubang
JKR menerusi kenyataan di Facebook rasmi memaklumkan, kerja pembaikan telah dilaksanakan pihak utiliti Telekom Malaysia (TM) dengan kaedah tampalan kekal.
Johor tekad selesaikan masalah jalan berlubang tahun depan - MB
Pelbagai agensi kerajaan Persekutuan dan negeri sedang bekerjasama dalam memastikan perkara itu terlaksana.
Belanjawan 2023: Kerajaan sasar siapkan segera pembaikan 400 klinik, 380 sekolah daif
Kerajaan sasar untuk menyiapkan dengan segera pembaikan bagi 400 klinik daif dan 380 sekolah daif dengan peruntukan RM1.2 bilion.
Penunggang motosikal luar negara 'hentam' Malaysia gagal baiki jalan
Seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi bersama rakannya dipercayai mendakwa jalan raya di Peru dalam keadaan baik.
Selepas tular lelaki 'mandi dan memancing' dalam lopak, jalan raya berlubang akhirnya dibaiki
Amaq Ohan dengan bersahaja menggunakan gayung plastik untuk menyiram badannya dengan air hujan berlumpur.
Penduduk Hulu Dungun gesa kerajaan segera baiki jalan berlubang
Sejak tahun 2014, sering berlaku mendapan di laluan terbabit, bagaimanapun, pihak berkuasa hanya menampalnya.